Want your
own Fotopage?























 
Fad

By: Fad Zain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Aug-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Hepatitis B second dose

Safiah, hari ni kita pergi klinik dengan oma ye
Kenapa kita ada kat sini mama?
Tak bestlah bau kat dalam bilik ni!!
Mama.. misi tu tengah buat apa? Apa benda tu?
Safiah sabar ye sayang.. tenang-tenang aja..
Aduh! Sakitlah!!
Tapi tak la teruk sangat sakitnya... girl power!
Dah sudah.. mari kita balik... bulan depan cucuk lagi!
Pagi tadi bawa Safiah ke Klinik Kesihatan Tasek Gelugor.
Safiah kena cucuk dos kedua Hepatitis B.

Age: 30 days
Current weight: 4.5 kg
Current length: 56 cm

Info

Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B. Hepatitis B merbahaya kerana setengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya.

0rang-orang seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.

Pembawa Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.

Bayi yang baru lahir menghadapi risiko tertinggi

Bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap Hepatitis B. Bayi-bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati.

0leh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko tinggi untuk menjadi pembawa Hepatitis B, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan.

Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut:

Dos Pertama Pada Hari Kelahiran
Dos Kedua Apabila Berumur Satu Bulan
Dos Ketiga Apabila Berumur Lima Bulan
Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi anda menerima perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B.

Artikel daripada:
Unit Pelajaran Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia 1989/A-500,000


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.